OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
Sebagai sistem pengurusan, sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting. Di antara kepentingan objektif termasuklah:
Dalam konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umum syari'ah Islamiah iaitu:
1. MENJAGA KESELAMATAN AGAMA
Menjaga keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seseorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.
2. MENKAGA KESELAMATAN JIWA
Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah:
Bermaksud:" Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau(kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah mebunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seiolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya." (al-Maidah:32)
Keteranagan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Ini termasuklah unsur keselamatan di tempa kerja atau di lapangan perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindarkan.
c. MENJAGA KESELAMATAN AKAL
Menjaga akal dan pemifikiran merupakan di antara matlamat syariah Islam. Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan akal adalah dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia.
Ini berdasarkan firman Allah:
Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah(semuanya) kotor(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhi supaya kamu berjaya."
(al-Maidah:90)
d. MENJAGA KESELAMATAN MARUAH
Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh itu, segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.
Ini sejajar dengan firman Allah:
Bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(al-Isra':32)
Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu, prganisasi dapat dilihat sebagai bersih daripada unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan masyarakat.
e. MENJAGA KESELAMATAN HARTA
Menjaga harta dan pemikiran merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-syariah. Ini dapat dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
(al-Maidah:38)
Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yang dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap orang lain. Justeru itu, setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara harta oorganisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlaku pemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehi harta yang halal dan menjauhi daripada mendapatkannya dengan cara yang salah seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Segala amalan yang baik tersebut perlu dijadikan budaya di kalangan warga organisasi. Dengan itu, pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah.
Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang ingin diperkembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.
PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Pengurusan Islam melibatkan hakikatnya merupakan kepada "kerajaan Islam" atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah "Negara Islam". Secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut:
Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keEsaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya.
Firman Allah:
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiyyah berikut:
Firman Allah bermaksud:
(al-A'raf:172)
Firman Allah:
Bermaksud:
Pengakuan dan pemgiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Di antara perkara yang penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah:
Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati dapat memberikan kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya oraganisasi yang diwujudkan. Di antara perkara penting penting dalam hubungan tersebut termasuklah:
- Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. ini menjadikan mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.
- Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.
- Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.
- Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.
Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya organisasi yang positif dan yang baik untuk perkembangan.
Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka yang ingin mejadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut:
Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj. Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara-perkara berikut:
Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kamanusiaan melibatkan perkara-perkara berikut:
- Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.
- Kebebasan berfikir.
- Kebebasan bersuara.
- Kebebasan memiliki dan mencari harta.
- Kebebasan untuk menuntut ilmu.
- Kebebasan bergerak.
Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:
- Ianya tidak menggangu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam Islam, apabila bertembung antara kepentingan pribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan.
- Tidak menggangu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.
- Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.
Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organsasi, kebebasan melambangkan penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu, selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam. Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti, serta keterbukaan yan dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kearah kebaikan dan kecemerlangan organisasi.
Firman Allah:
Bermaksud:
Firman Allah:
Bermaksud:
"Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan _dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(al-hujurat:13)
Pelaksanaan musawah atau persamaan di dalam organisasi melibatkan beberapa perkara berikut:
- Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
- Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri.
- Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.
- Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusian dan persamaan.
Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, warna kulit dan sebagainya. Tetapi ia dibina atas dasar persamaan, yang mana dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan yang sama untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi.
PRINSIP OPERASI
Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan seseorang pengurus. Untuk membantu kejayaan pengurus menguruskan pekerja dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi pengurusan Islam.
DEFINISI ORGANISASI
Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Dalam buku 'Mengurus Secara Islam', Yusuf Ismail mengungkapkan organisasi didefinasikan sebagai "stuktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan "(Jackson dan Musselmen,108)," Kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mecapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.
KETAATAN KEPADA ORGANISASI
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam. Maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu:
Ketaatan dalam organisasi melihatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak. Ketaatan pemimpin ini dapat diambil dari Firman Allah s.w.t:
"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri" (oang-orang Yang Berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian adalah lebik baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa:59)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tisak bercanggah dengan arahan Allah dan RasulNya. Soal Ketaatan ini seringkali dinyatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua) bererti ia melanggari perintahku". (Riwayat Muslim)
Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan,samada dalam keadaan senang atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud:
"Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang disukai atau kurang sukai,atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu" (Riwayat Muslim)
Ketaatan kepada arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah SWT dan rasulNya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda baginda yang bermaksud :
"Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat. Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat, maka tiada adalah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati". (Riwayat Muslim)
Kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi ke arah kecemerlangan.
Dengan adanya ketaatan ia akan mendisplinkan warga organisasi agar akur dan menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai ataupuntidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.
KESETIAAN KEPADA ORGANISASI
Seseorang pengurus mestilah setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
- Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risikov yang besar kepada organisasinya.
- Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
- Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
- Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan perasi organisasi berjalan dengan lancar.
- Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
- Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.
- Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.
CIRI-CIRI ORGANISASI
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identiti tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuklah politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat serta pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya san masyarakat awam amnya. Dengan demikian, fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.
Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personal, pemasaran dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.
PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS
Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.
Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau membantunya dalam kepimpinan adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu, gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya amalan penyerahan kuasa ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diserahkan tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.
PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah diwarisi pula oleh para sahabat. Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan status yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (situasi) dan tempat. Ianya lebih merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam status.
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.
MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN
Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan di antara majikan (ketua) dengan orang bawahan. Allah berjanji akan memberikan balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya:
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
(al-Nahl:97)
PEMBAHAGIAN GANJARAN
Kita harus maklum bahawa pengurus hari ini tidak berkuasa untuk memberikan ganjaran kewangan secara terus dan segera kepada pekerja yang cemerlang. Justeru, pengurus akan mencadangkan pekerja yang berprestasi cemerlang diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi.
Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.
Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.
No comments:
Post a Comment